KUALA LUMPUR – Lima beranak nyaris maut selepas kereta yang dinaiki terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di Jalan Kuala Kubu Bharu, pagi tadi.
Kemalangan yang dilaporkan berlaku pada jam 9.40 pagi itu hanya melibatkan sebuah kereta Proton Satria yang telah terbabas sendiri,” kata Komander Operasi, Mohd Yusof Md Ali.
Menurutnya, kesemua mangsa yang berumur antara 35 hingga 6 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dirawat. – MalaysiaGazette