Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia sedang memantau perkembangan di Timur Tengah susulan ketegangan di antara Iran dan Israel pada 14 April 2024.

Disebabkan situasi yang semakin tegang, beberapa negara, termasuk Iran, Jordan, Lebanon dan Iraq, telah menutup ruang udara mereka.

Berikutan itu, warganegara Malaysia di negara-negara berkenaan perlu bersedia menghadapi gangguan pada jadual penerbangan dan merancang perjalanan mereka sewajarnya.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk kekal berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara Malaysia di kawasan tersebut,” kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini hari ini

Rakyat Malaysia yang berada di dalam kecemasan dan memerlukan bantuan di rantau ini boleh berhubung dengan Kedutaan atau Konsulat Malaysia yang terdekat seperti di butiran berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN
Alamat: No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb
Nombor telefon: +98 21 880724444
+98 21 88078606
Emel: [email protected]
[email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN
Alamat: No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street,
Abdoun, Amman 11183, Jordan
Nombor Telefon: +962 6590 2400
+962 78590 2400
Emel: [email protected]
[email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIRUT, LEBANON
Alamat: Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lebanon
Nombor Telefon: +961 71 380 063
+961 7677 2527
Emel: [email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ
Alamat: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al
Jadria, Baghdad, Iraq
Nombor Telefon: +964 786 497 0086
+964 786 497 0087
Emel: [email protected]

– MalaysiaGazette