KUALA LUMPUR – Heitech Padu Bhd telah memeterai perjanjian dengan My E.G. Services Bhd untuk membentuk kerjasama interim bagi meneroka perkhidmatan berkaitan industri teknologi maklumat (IT) di Malaysia.

MYEG ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan, yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan projek perkhidmatan kerajaan elektronik dan penyediaan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Heitech Padu berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam aktiviti pemasaran, perkongsian pengetahuan berkaitan dan penyepaduan sistem penyelesaian maklumat dan teknologi untuk mengenal pasti projek kepada bakal pelanggan.

Perjanjian itu sah selama setahun dari tarikh ia ditandatangani, melainkan dan sehingga digantikan dengan perjanjian berikutnya yang dibuat oleh kedua-dua pihak atau yang mana lebih awal.

Menurut Heitech Padu menambah, mana-mana pihak boleh menarik diri daripada perjanjian pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis selama 30 hari.

Sementara itu dalam pemfailan berasingan, MyEG Services berkata, syarikat itu tidak melihat sebarang risiko luar biasa daripada perjanjian itu. selain daripada risiko operasi/perniagaan yang berkaitan dengannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast