KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Andaman, Rantau India pada pukul 7.01 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gegaran bermagnitud 5.2 itu berlaku pada koordinat 11.4° Utara dan 92.9° Timur.
Ia dikesan pada jarak 43 kilometer (km) Tenggara dari Port Blair India dengan kedalaman 65 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette