Kredit FB Anwar

JOHOR BAHRU – Johor akan menerima pertumbuhan ekonomi lebih mapan dalam tempoh dua tahun akan datang berbanding negeri-negeri lain.

Perkara itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan pertumbuhan pesat itu berikutan  Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City.

“Zone ekonomi dan zon kewangan jadi kedua-duanya akan memaju pertumbuhan yang lebih besar.

“Sasaran pertumbuhan negeri Johor yang disasarkan kerajaan yang sedang dirangka ia penting kerana kemudahan ini akan membantu mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Johor di Plaza Angasana petang tadi.

Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan akan memberi impak besar di Johor selain mengurangkan kemiskinan tegar di negeri itu.

“Kita (kerajaan) menjangkakan Johor akan meningkat dalam masa setahun dua ini lebih-lebih pesat daripada beberapa negeri lain,” katanya lagi. 

Terdahulu, Anwar tiba di Padang Begonia, Angsana Johor kira-kira pukul 4.50 petang dan diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kira-kira lebih 5,000 pengunjung menghadiri majlis itu bagi meraikan sambutan Aidilfitri Madani 2024.

Kunjungan Anwar sempena Aidilfitri Madani 2024 menjadikan Johor sebagai negeri pertama sebelum ke enam negeri lain bagi sambutan yang sama. – MalaysiaGazette