Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara terhadap seorang juruteknik yang sebelum ini didakwa membuat hantaran bersifat jelik melibatkan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Bache membenarkan permohonan Chiok Wai Loong untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang mensabit dan menghukumnya selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan itu pada 22 Mac lalu.

“Kes ini perlu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen dan kes ini perlu dibacakan di hadapan hakim lain supaya pengakuan baru dapat direkodkan,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000.

Wai Long didakwa telah memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, menggunakan nama profil `Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac 2024. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast