Foto: Polis Sarawak

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki, Andrew Anak Jarau yang berumur 38 tahun kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di Tanah Perkuburan Lama, Kampung Kubal, Betong Sarawak.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP. Mathew Anak Manggie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.43 petang 10 April lalu.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah,” katanya menrrusi kenyataan.

Menurut Mathew, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Orang ramai yang mempunyai maklumat meengenai insiden itu diminta menyalurkannya dengan menghubungi Penolong Pegawai penyiasat, Sarjan Suzy Andrew Baie di talian 011-14037375 atau pergi ke balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette