Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar diusung keluar dengan penuh beristiadat oleh Polis Diraja Malaysia dari Masjid Negara untuk dibawa ke tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar dibawa ke Perkuburan Islam di Bukit Kiara untuk dikebumikan petang ini.

Van jenazah milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meninggalkan Masjid Negara pada jam 2.35 petang.

Terdahulu jenazah Allahyarham disembahyangkan selepas solat Zohor.

Keranda Allahyarham yang ditutup dengan Jalur Gemilang diusung para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dari dewan solat ke van jenazah.

Mohammed Hanif, 85, meningal dunia pada jam 2.15 pagi tadi akibat penyakit buah pinggang. – MalaysiaGazette