KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita kelengkapan tujuh penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan terpakai, sireh dan makanan tanpa lesen di sekitar ibu negara, semalam.
DBKL menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, sitaan dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasaan sebagai melaksanakan Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Parlimen Bukit Bintang di sekitar Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Petaling dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), di sini.
Menurutnya, sebanyak tujuh tindakan sita dibuat ke atas penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan terpakai, sireh serta makanan tanpa lesen dan kebenaran pihak berkuasa.
“DBKL turut mengeluarkan dua notis kompaun ke atas peniaga tempatan beroperasi tanpa lesen yang menjual aksesori dan penjualan makanan,” katanya.
Tambah kenyataan Menurutnya, kesalahan dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil 3 (UUK), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
Malah, kawalan penguatkuasaan juga dijalankan bersama Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan DBKL sebagai pemerhati kepada penjaja haram.
“Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL dekat Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi, ujarnya.
Katanya lagi, pemerhatian itu dijalankan agar kesemua aktiviti perniagaan Pasar Karat beroperasi sepenuhnya dilokasi baru berhampiran Pasar Lee Lam Thye di Lorong Bandar 21. – MalaysiaGazette