KUALA LUMPUR – Warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
JAKIM menerusi kenyataan di laman facebook berkata, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.
“Semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian yang besar ini dan marilah sama-sama kita mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,”katanya.
Seramai 10 orang kru TLDM terkorban terbabit dalam nahas ketika raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan Kem TLDM Lumut. – MalaysiaGazette