Logo Jabatan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik pada 10 malam tadi dan 47 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Tiada stesen yang mencatatkan status kualiti udara pada tahap tidak sihat, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

Letusan Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara pada 9.45 pagi, 16 April 2024 lalu, tidak menjejaskan kualiti udara di Sabah mahupun Sarawak.

Asap debu letusan tidak memberi kesan ketara kepada bacaan IPU stesen-stesen pengawasan kualiti udara di kedua-dua negeri tersebut.

Malah tiada peningkatan bacaan pencemar pepejal terampai (PM2.5 dan PM10), sulfur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2), Ozon (O3) dan Karbon Monoksida (CO) yang direkodkan.

JAS akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke semasa dan bacaan IPU terkini setiap jam. – MalaysiaGazette