Anggota bomba sedang memujuk kanak-kanak yang memanjat bumbung untuk dibawa turun, Foto JBPM

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak 11 tahun diselamatkan selepas cuba membunuh diri dengan memanjat bumbung asrama sebuah pusat tahfiz di Taman Sentosa, Kampar, Perak, semalam.

Komander Operasi Kanan Mohd Hisham Zakariah berkata, kejadian itu dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak pada jam 8.30 pagi sebelum 10 anggota bomba dari balai bomba Kampar digerakkan ke lokas.

Maklumat awal yang diterima mangsa dikatakan ingin melakukan cubaan bunuh diri dengan memanjat bumbung asrama berkenaan

Anggota bomba yang berada di lokasi mengambil masa beberapa minit untuk memujuk mangsa supaya turun dari bumbung tersebut.

Kanak-kanak tersebut akhirnya berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast