Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan penggunaan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50mg/kg.

Kebenaran ini mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 dan penjelasan ini pernah dikeluarkan pada tahun 2012 dan 2017 bagi mengelak kekeliruan awam.

KKM berkata, Codex Alimentarius Commission (CAC), badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Foof Standards Programme pula membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 60mg/kg.

“Dalam hal ini, penggunaan benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu di Malaysia dan luar negara oleh badan penilai antarabangsa iaitu FAO/WHO Expert Comittee on Food Additives (JECFA).

“KKM akan sentiasa bersedia dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekira terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan makanan adalah berbahaya kepada kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

KKM akan melaksanakan pemantauan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran bagi memastikan ia mengandungi benzoil peroksida dalam kadar yang dibenarkan,

Setakat ini, katanya, tiada mana-mana jenama tepung di pasaran mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast