KUALA LUMPUR – Pelakon Uqasha Senrose bergelar ibu apabila selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara semalam.
Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, memberitahu dia dan suami, Kamal Adli sepakat memilih nama Uqaira buat puteri sulung mereka.
Berkongsi mengenai kelahiran Uqaira, Uqasha bersyukur apabila proses kelahiran bayinya seberat 2.72 kilogram dipermudah.
“Alhamdulilah selamat melahirkan my little princess subuh tadi.
“Welcome to the world sayangku, I love u so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg,” katanya ringkas.
Uqasha berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan dia bersama anak sulungnya.
Dalam foto berkenaan Uqasha dilihat dalam keadaan baik dan tersenyum sambil terbaring di atas katil hospital.
Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua pada November 2022. – MalaysiaGazette