TEL AVIV – Kerajaan Israel kini berada dalam kebimbangan berikutan ura-ura Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Natenyahu dan pemimpin lain.
The Times of Israel melaporkan kerajaan zionis sedang melakukan usaha bersepadu kerana khuatir ICC akan mengeluarkan waran tangkat berhubung pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Gaza.
Menurut media tersebut, Majlis Keselamatan Negara Israel mengetuai kempen itu dan dibantu oleh Kementeri Luarnya.
Sumber turut mengesahkan laporan awal daripada media berbahasa Ibrani yang Amerika Syarikat adalah sebahagian daripada usaha diplomatik terakhir untuk menghalang ICC.
Netanyahu mengetuai “tekanan tanpa henti melalui telefon” untuk menghalang waran tangkap, tertumpu terutamanya kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, lapor Caspit.
Sumber pertama berkata tumpuan utama dakwaan ICC yang dikhuatiri adalah bahawa Israel “sengaja membuat rakyat Palestin kelaparan di Gaza”.
Menulis untuk laman berita Walla, penganalisis Ben Caspit berkata Netanyahu “di bawah tekanan luar biasa” berhubung prospek waran tangkap terhadapnya dan warga Israel lain oleh tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di The Hague.
Salah satu saluran berita televisyen terkemuka Israel, Channel 12 melaporkan minggu lalu bahawa Israel semakin bimbang dengan kemungkinan ICC akan mengeluarkan waran tangkap.
Laporan itu mengatakan Pejabat Perdana Menteri mengadakan “perbincangan kecemasan” mengenai isu itu. Jurucakap kerajaan tidak menjawab soalan mengenai laporan televisyen atau butirannya.
Penganalisis media Israel, Haaretz, Amos Harel melaporkan kerajaan Israel bekerja di bawah andaian pendakwa ICC, Karim Khan mungkin mengeluarkan waran untuk penahanan Netanyahu, Menteri Pertahanan, Yoav Gallant dan Ketua Staf IDF, Herzi Halevi minggu ini.
Khan pada Oktober berkata, mahkamah mempunyai bidang kuasa ke atas sebarang kemungkinan jenayah perang yang dilakukan oleh pengganas Hamas di Israel dan oleh warga Israel di Semenanjung Gaza.
Khan berkata, pasukannya sedang menyiasat sebarang jenayah yang didakwa dilakukan di Gaza, dan mereka yang didapati melanggar undang-undang akan bertanggungjawab. – Agensi