Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Blogger, Papagomo yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur mengaibkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim akan direman esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi berkata: “Esok akan bawa ke mahkamah untuk reman,”.

Pada pagi tadi, Razarudin mengesahkan tentang tangkapan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris di kediamannya di Setapak, Wangsa Maju oleh sepasukan polis.

Menurutnya, suspek ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – MalaysiaGazette