Soffian Amin

KUALA LUMPUR – Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp.) menawarkan lebih 25,000 kursus berkaitan tenaga mahir dan kemahiran pada  National Training Week 2024 (NTW 2024) yang akan berlangsung 24 hingga 30 Jun depan.

Ketua Pegawai Program HRD Corp., Soffian Amin berkata, kursus tersebut bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang berdaya saing dalam sektor teknologi tinggi.

Katanya, ia dianjurkan secara percuma  dan orang ramai berpeluang meneroka pelbagai bidang baharu termasuk keselamatan, teknologi hijau dan kemahiran kendiri.

“Berdasarkan penganjuran NTW tahun lalu, kami nampak kebanyakan kursus yang ditawarkan lebih kepada permohonan kendiri.

“Untuk tahun ini, kami inginkan tawarkan kursus-kursus yang bertaraf tinggi dan melihat kemahiran masa hadapan termasuk AI, kemahiran robotik dan teknologi dron. 

“Dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) tahun ini, NTW 2024  menyasarkan penyertaan seramai 200,000 peserta dan 500 acara akan dianjurkan di seluruh negara,” katanya.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong bersama Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp., Datuk Shahrul Dawood menyampaikan sumbangan keoada anak-anak yatim.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Aidilfitri HRD Corp. 2024, di Wisma HRD Corp, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp., Datuk Shahrul Dawood.

Tambah Soffian, Malaysia berpotensi melahirkan tenaga mahir untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi domestik dan antarabangsa.

“Kami bertanggungjawab memastikan tenaga kerja Malaysia terus memenuhi kehendak dan permintaan pasaran global.

“Buat masa sekarang HRD Corp sangat mengalu-alukan penglibatan syarikat besar seperti penyertaan Microsoft dalam berkongsi tenaga kepakaran sedia ada kepada rakyat negara ini,” jelasnya.

Steven Sim

Sementara itu dalam ucapan, Steven Sim berkata, kementeriannya akan terus menyumbang sebanyak 35 peratus pekerja mahir da ia mampu dicapai berikutan kemasukan pelaburan daripada syarikat berteknologi tinggi seperti Microsoft.

“Pada Februari lalu, HRD Corp. dan KESUMA telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 13 rakan kongsi antaranya Microsoft.

“Kita juga akan bekerjasama dengan penyedia latihan tempatan dan antrabangsa bagi  memastikan aspirasi Malaysia mencapai 35 pelerja pekerja mahir dalam bidang ekonomi pada abad ke-21 ini,” ujarnya.

Semalam, Microsoft mengumumkan pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam tempoh empat tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast