Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Foto WAN NABIL NASIR, 15 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi skuad Harimau Malaya, Faisal Halim yang disimbah asid ketika berada di pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya petang tadi berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, Faisal kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Menurutnya, polis kini sudah memulakan siasatan di di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan ibu pejabat polis daerah petaling jaya ditalian 03-79662222.

Dalam pada itu, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan Halimi berkata, Faisal mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Beliau yang mengecam insiden itu mahu pelaku dibawa ke muka keadilan. – MalaysiaGazette

Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim disimbah asid