Lans Koperal maut kemalangan selepas motosikalnya terlanggar Vellfire yang memasuki simpang jalan secara tiba-tiba dalam kejadian semalam.

SERDANG – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut apabila motosikal yang ditunggangi terlanggar di bahagian sisi kiri belakang Toyota Vellfire di lampu isyarat Jalan Puchong Taman Tenaga, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan mendapati ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah saudaranya dari arah Puchong menuju ke Jalan Klang Lama dan setibanya di lokasi kejadian Toyota Vellfire itu masuk ke simpang tersebut secara tiba-tiba.

“Mangsa telah terlanggar di bahagian sisi kiri belakang Toyota Vellfire itu lalu terjatuh dari motosikal sebelum mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira jam 4.20 pagi semalam.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Sementara itu, Anbalagan memberitahu, pemandu Toyota Vellfire hadir ke balai untuk membuat laporan polis pada jam 7.30 petang semalam.

Katanya, lelaki berusia 36 tahun ditahan dan direman sehari untuk disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986.

“Ujian air kencing negatif dadah dan sampel darah pemandu terbabit akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast