Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Lim Chee Kuang, berkuat kuasa mulai 7 Mac 2024.

Tindakan itu dilakukan selepas Chee Kuang didakwa mengemukakan maklumat palsu dan mengelirukan kepada SC di dalam permohonan CMSRL beliau.

Pengemukaan kenyataan palsu atau mengelirukan kepada SC berkaitan dengan permohonan CMSRL adalah satu kesalahan serius di bawah seksyen 71 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) 2007, yang boleh mengakibatkan pembatalan lesen tersebut.

Oleh itu, SC mendapati Chee Kuang tidak lagi layak dan sesuai untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia.

Lesen Chee Kuang telah dibatalkan di bawah Seksyen 72 dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Selain itu, SC mengenakan celaan ke atas Lim kerana gagal mematuhi syarat lesennya yang memerlukan Chee Kuang berkelayakan dan sesuai pada setiap masa, seperti yang diperuntukkan di bawah Perenggan 7.03(1) Buku Panduan Pelesenan SC.

Chee Kuang tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa yang ditetapkan yang diperuntukkan di bawah CMSA.

Chee Kuang sebelum ini berkhidmat dengan UOB Kay Hian Wealth Advisors (M) Sdn Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast