LONDON – Pemain tengah Arsenal, Jorginho memasang impian untuk memenangi trofi kejuaraan bersama The Gunners apabila menandatangani kontrak lanjutan setahun lagi.
Arsenal kini mendahului EPL dengan hanya berbaki dua perlawanan, satu mata di depan juara bertahan Manchester City, yang berbaki tiga perlawanan.
Pemain tengah Itali berusia 32 tahun itu menyertai kelab dari musuh London, Chelsea dengan kontrak 18 bulan pada Januari 2023.
Dia kini menjadi tonggak utama skuad pemburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris kendalian Mikel Arteta.
Jorginho melakukan 35 penampilan dalam semua pertandingan setakat ini musim ini dan menjaringkan hanya satu gol ketika menang aksi Liga Juara-Juara ke atas Lens.
Dia yang sudah memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Kejohanan Eropah, mahu menambah koleksi trofi kejuaraan peribadinya.
Arsenal berdepan Manchester United di Old Trafford malam Ahad ini sebelum berdepan Everton di laman sendiri pada hari terakhir musim 19 Mei ini. – Agensi