TCS Collge menawarkan biasiswa bagi membuka peluang kepada mereka yang tidak dapat menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

KUALA LUMPUR – Kolej Teknologi Sarawak (TCS College) dengan kerjasama SOCC Holdings Sdn Bhd (SOCC Holdings) meneruskan tawarakn biasiswa kepada golongan yang kurang berkemampuan khususnya bagi anak Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusan Kumpulan SOCC Holdings, Amin Aznizan berkata, tawaran biasiswa bagi tahun kedua itu adalah selari dengan misi TCS Collage yang mahu membasmi kemiskinan menerusi pendidikan.

Katanya, tawaran biasiwa berkenaan adalah bagi kursus Asasi Perniagaan (Foundation in Business) dengan sasaran sebanyak 100 pelajar sepanjang tahun.

“Apa yang TCS lakukan dengan turun padang ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan bagi peluang kepada mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dengan memberikan mereka biasiswa.

“Ketika ini, hampir 50 peratus biasiswa sudah ditawarkan kepada pelajar yang terpilih dan bakinya akan diisi menerusi bebeapa siri jelajah memasuki TCS sepanjang tahun ini,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SOCC Holdings, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Amin berkata, TCS membantu pelajar untuk membayar yuran pengajian bagi mengurangkan beban kewangan pelajar bagi mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

Katanya, ia bagi mengekalka institusi pendidikan tinggi itu mengekalkan  kadar kelulusan yang tinggi yang melebihi jangkaan dan mencatat pencapaian cemerlang di mana dapat membantu melahirkan graduan dengan kemahiran keboleh pasaran yang mendapat permintaan tinggi dalam industri pekerjaan.

Untuk rekod, TCS College adalah anak syarikat milik SOCC Holdings yang berpangkalan di Kuching, Sarawak dan telah beroperasi sejak tahun 2000. – MalaysiaGazette