Foto: JBPM Kelantan

KOTA BHARU – Tiga lelaki Orang Asli maut selepas lori simen yang dinaiki mereka terbalik sebelum terjatuh ke dalam gaung di Lojing, Gua Musang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, kesemua mangsa yang berusia 40-an maut di tempat kejadian.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada  jam10.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 12.41 tengah hari ini.

“Seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membawa ketiga-tiga mangsa keluar dari gaung itu.

“Kerja-kerja membawa keluar kesemua mangsa selesai pada jam 2.22 petang tadi dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat ketiga-ketiga mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast