Ahmad Dzaffir Mohd.Yussof.
Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

SEREMBAN – Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di tepi Jalan Sungai Ujong berhadapan Stesen Bas Terminal One di sini, pada Ahad lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua suspek termasuk dua lelaki tempatan itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK negeri ketika sedang menjalankan Operasi Tapis pada 9 malam.

Beliau berkata, nilai sitaan rampasan termasuk dadah tersebut bernilai RM416,006.

“Polis menjumpai lima bungkusan disyaki syabu dalam kereta suspek dan saringan air kencing seorang daripada suspek warga asing positif methaphetamine. Dadah tersebut dipercayai diedar bagi pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir, berkata hasil rampasan berkenaan dapat menyelamatkan pengedaran dadah kepada 10,406 individu.

Menurutnya, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek warga tempatan memiliki satu kes jenayah serta tiga kes narkotik, manakala kesemua suspen direman selama tujuh hari bermula Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1)(a) akta sama. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast