Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin.

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin dilapor meninggal dunia di kediamannya di Sungai Buloh petang tadi.

Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemaskini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu sebentar tadi.

Salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz memaklumkan anak allahyarham pada awalnya memaklumkan bapanya tidak sedarkan diri kira-kira pukul 4 petang.

Namun Nazrul disahkan menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu.

Media sebelum ini pernah melaporkan Aalahyarham menderita penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu.

“Nazrul sudah hampir lapan tahun tidak bersama kami namun kami tetap agihkan hasilnya kepadanya. Rezeki diterima kami bahagikan lapan orang. Begitu juga dengan pembahagian royalti,” kata Azadan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast