Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi Foto SYADILA AMARI, 05 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berlepas ke China hari ini dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Menurut Ahmad Zahid, lawatan ke Negara Tembok Besar itu juga adalah sempena 50 tahun sambutan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China pada tahun ini.

Lawatan sehingga 1 Jun itu akan menyaksikan beberapa kerjasama antara kerajaan, agensi dan syarikat swasta yang memberi fokus kepada bidang teknologi, industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pelbagai perdagangan dua hala.

“Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang utuh di antara Malaysia dan China,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast