Kaum lelaki berjalan di sepanjang permaidani yang diletakkan untuk mengelakkan suhu lantai yang tinggi selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jama semasa hari musim panas yang terik di kawasan lama New Delhi pada 17 Mei 2024. Foto AFP

NEW DELHI – Sebahagian di utara India dilanda gelombang haba yang dahsyat dan berpanjangan hingga menjejaskan kehidupan normal.

Pada hari Khamis, suhu meningkat melebihi 45 darjah Celcius di banyak negeri dan mencecah 48.8C di bandar Barmer negeri Rajasthan.

Jabatan cuaca India berkata, gelombang panas berkemungkinan berterusan sehingga Rabu depan.

Beberapa wilayah menghadapi kekurangan air dan gangguan elektrik akibat lonjakan penggunaan.

Pada hari Rabu, permintaan tenaga di New Delhi memuncak mencecah 8,000MW, tertinggi dalam sejarah ibu negara India itu.

New Delhi sedang mengalami musim panas yang ketara, dengan suhu berlegar sekitar 45-46C sepanjang minggu ini.

Pakar cuaca mengatakan, haba atau suhu ketara telah melintasi 50C kerana tahap kelembapan yang tinggi.

Hospital di bandar ini telah menyediakan kemudahan khas untuk merawat pesakit yang mengalami penyakit berkaitan haba, yang juga semakin meningkat. – Agensi