Seramai 15,655 calon SPM bagi tahun 2023 di Pulau Pinang layak menerima sijil.

GEORGE TOWN – Seramai 755 daripada 17,237 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pulau Pinang memperoleh keputusan semua A.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Abdul Said Hussain berkata, peratus pencapaian layak sijil bagi tahun ini adalah 92.64 peratus iaitu peningkatan sebanyak 2.43 peratus berbanding 90.21 pada 2022.

Jelas beliau, bagi gred purata negeri (GPN) bagi tahun ini adalah 4.49 iaitu peningkatan 0.11 berbanding 4.60 pada tahun sebelumnya.

“Secara keseluruhan seramai 15,655 daripada 17,237 calon layak menerima sijil SPM bagi tahun ini di Pulau Pinang.

Abdul Said.

“Sebanyak 29 buah sekolah di negeri ini mencatatkan kelulusan 100 peratus yang mana semua calon layak menerima sijil,” katanya kepada media selepas mengumumkan keputusan SPM bagi negeri Pulau Pinang di Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Gambir di sini, hari ini.

Tambah Abdul Said, calon keperluan khas, Aisyah Mohd Rosdi dari Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma’arifil Wataniah 1 di Kepala Batas yang mempunyai masalah rabun berjaya memperoleh sembilan A. – MalaysiaGazette