KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi, sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal, yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada 26 Mei lalu.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas digesa untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, dan mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi seperti di bawah:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI DHAKA
Alamat : House No. 19, Road No. 6,
Baridhara Diplomatic Enclave,
Dhaka
No. Telefon : +88 018 4179 8077
Emel : [email protected]

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI
Alamat : 50-M, Satya Marg,
Chanakyapuri, New Delhi
No. Telefon : +91 859 5550594
Emel : [email protected]

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast