KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing disyaki melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekerjanya di sebuah kedai serbaneka di Taman Meru Indah, Meru, Klang, Selangor telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao berkata, suspek berusia 35 tahun telah dituduh di bawah Seksyen 509/511 Kanun Keseksaan pada 18 April lalu.

Kata beliau, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 18 tahun yang juga pembantu kedai serbaneka itu pada jam 4.39 petang 2 April lalu.

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek telah mengintai wanita itu di tempat kejadian sewaktu bekerja.

“Susulan itu, suspek berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis pada hari sama laporan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Vijaya Rao, pihaknya juga telah merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk membantu siasatan.

Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast