MUNICH – Bayern Munich menamatkan spekulasi kekosongan jawatan ketua jurulatih apabila kelab gergasi Jerman itu menamakan Vincent Kompany sebagai pengurus baharu dengan kontrak tiga tahun.
Pemilihan jurulatih berusia 38 tahun dari Belgium itu memberi kejutan kepada kelab Burnley kendaliannya yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris musim ini.
Bayern sebelum ini memburu nama pengendali besar namun tawaran mereka ditolak oleh beberapa calon selepas musim pertama tanpa sebarang trofi kejuaraan dalam tempoh 12 tahun.
Nama- nama seperti bos Bayer Leverkusen, Xabi Alonso, jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann dan pengurus Austria, Ralf Rangnick gagal dipujuk namun Bayern cuba mengekalkan Thomas Tuchel yang bersetuju sejak awal pada Februari lalu untuk meninggalkan pasukan pada musim panas ini.
Tuchel bagaimanapun mengumumkan awal bulan ini dia bersetuju dengan terma untuk kekal di kelab itu dan akan berpegang kepada persetujuan yang diapai pada Februari lalu.
Sebaliknya, Bayern memutuskan untuk mendapatkan khidmat Kompany dengan mengambil risiko terhadap jurulatih kurang berpengalaman bagi satu daripada tugas paling besar dalam bola sepak.
Burnley dilapor akan menerima £10 juta (RM59.7 juta) dari segi pampasan kerana membenarkan pengurus mereka berpindah ke Munich. – Agensi