Novel Abnormal Buas yang diadaptasi daripada filem tajuk sama.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Aeril Zafrel menasihati ibu bapa yang memiliki anak autisme agar tidak malu dengan anugerah Allah.

Aeril, 35, turut menyarankan golongan itu untuk segera mendapatkan rawatan sewajarnya sekiranya terdapat anak mereke memiliki ciri-ciri autisme.

“Ada ibu bapa yang dia tidak terima anak dia autisme, bila ibu bapa tak terima dan dia tidak cepat-cepat untuk hantar anak mereka mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Mungkin sebab dia malu. Bagi saya kalau dah nampak simptom (autisme) segeralah dapatkan rawatan supaya dapat dikawal.

“Namun kita tidak berada di tempat mereka, jadi tidak boleh sewenangnya kita cakap bersabar,” katanya.

 

Aeril Zafrel dan Wawa bersama anak-anak.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian novel Buas yang diadaptasi daripada filem Buas di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Aeril dan isterinya, Wawa Zainal sebelum ini pernah perkembangan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang mengalami speech delay atau lambat bercakap biarpun sudah berusia enam tahun hingga dianggap kanak-kanak autisme.

Namun menurut Wawa, masalah yang dialami anaknya itu adalah kerana pendedahan gajet yang terlalu banyak sejak daripada awal.

Mengulas lanjut, Aeril menambah, situasi memiliki anak autisme seharusnya dilihat dalam sudut positif dan menganggapnya sebagai ‘ladang pahala’.

Bagaimanapun bapa kepada empat anak itu mengakui bukan individu yang tepat untuk memberi komen lebih mendalam kerana tidak berada dalam situasi ibu bapa terbabit.

“Apa yang saya boleh katakan sekiranya kita ditakdirnya dikurniakan anak autisme, anggaplah itu ladang pahala kita.

“Untuk saya bercakap mengenai perkara ini (autisme), saya bukan individu yang tepat. Sebaiknya ahli keluarga yang terdekat yang layak untuk mengulas,” ujarnya.

Filem Buas akan tayang di pawagam bermula 20 Jun ini.

Sementara itu, filem Buas akan dibintangi Aeril bersama Wawa serta anak perempuan mereka, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Filem abnormal yang turut dibintangi Kodi Rasheed, Jalil Hamid dan Datuk Tarmimi Siregar bakal ditayangkan pada 20 Jun ini.

Filem terbitan Respected Netizen Sdn. Bhd. merupakan naskhah kedua selepas Sabda Kekasih.

Sempena tayangan filem Buas itu, sebanyak 3,000 nashkah novel Buas telah dikeluarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 yang berlangsung ketika ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast