JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak semalam semasa mencari kerrang di Pantai Tenglu Laut, dekat Mersing.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, seramai Sembilan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengesan lelaki berusia 21 tahun itu.
Komander Operasi, PBK II Mohamed Zainudin Ahmad berkata, pencarian telah dilakukan di pesisir pantai dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta penduduk kampung.
“Buat masa ini operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan,” katanya. – MalaysiaGazette