KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia mengajak para penyokong bola sepak tempatan hadir beramai-ramai di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia menentang Kyrgyzstan menerusi tayangan skrin besar malam ini.
Pengerusinya, Datuk Hans Isaac berkata, tayangan skrin besar itu disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengalakkan orang ramai memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Kim Pan-gon itu.
Inisiatif ini dilakukan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara terutamanya sukan bola sepak.
Foto FB FAM.
Selain SNBJ, KBS bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JSBN) turut menyediakan tayangan ‘Big Screen’ (skrin besar) di beberapa lokasi terpilih seluruh negara.
Perlawanan berlangsung di Stadium Spartak, Kyrgyzstan dan sepak mula pukul 11 malam ini.
Selain SNBJ, KBS turut menyediakan tayangan skrin besar itu 16 lokasi lain antaranya Dataran Merdeka, Stadium Kajang, Dataran Putrajaya selain di negeri-negeri. – MalaysiaGazette