KUALA LUMPUR – Kecuaian seorang pemandu yang gagal menarik brek tangan dengan kemas mengakibatkan keretanya berundur ke belakang sehingga ke jalan sebelum dilanggar dua penunggang motosikal.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kajang Silk di sini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pukul 8.20 pagi di Balakong.
Siasatan awal polis mendapati pemandu kereta jenis Perodua Ativa putih dilparkir di hadapan sebuah pusat servis kenderaan tersebut di Balakong.
“Akibat tidak menarik brek tangan dengan kemas, kereta itu secara tiba-tiba kereta mengundur keluar ke jalan utama sehingga menyebabkan dua motosikal yang melalui jalan tersebut telah melanggar bahagian kiri kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Mohd Zaid, kejadian itu mengakibatkan penunggang lelaki warga tempatan dan juga penunggang wanita yang merupakan jurujual pemasaran berusia 31 tahun telah mengalami kecederaan.
“Manakala pemandu kenderaan yang merupakan jururunding jualan kenderaan berusia 34 tahun itu terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam insiden tersebut,” katanya.
Kes berkenaan sedang di siasat di bawah Peraturan 14 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 14 LN 166/59).
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Nor Shahidan di talian 012-3910630 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette