TEL AVIV – Seorang tentera simpanan Israel yang terlibat dalam serangan ke atas Gaza hingga menyebabkan lebih 36,000 terbunuh dilaporkan maut selepas membunuh diri.
Tentera simpanan bernama Eliran Mizrahi dari Ma’ale Adumim mengalami gangguan stres pasca trauma (PTSD) selepas pulang dari operasi di Gaza sebagai jurutera tempur sejak Oktober tahun lalu sehingga dia cedera pada April lepas.
Menurut berita Channel 12, Mizrahi diisytiharkan sebagai veteran IDF kurang upaya dan didiagnosis dengan PTSD.
Dia bagaimanapun menerima arahan pada hari Jumaat untuk melaporkan diri bertugas di Rafah iaitu wilayah terakir di Gaza yang kini diserang hebat oleh Israel.
Mizrahi kemudian mengambil nyawanya sendiri.
Ibu Mizrahi, Jenny, memberitahu agensi berita Kan, anaknya cedera dua kali sepanjang tujuh bulan bertugas, tetapi enggan meninggalkan Gaza ketika kali pertama dia cedera, kerana mahu terus melindungi negara.
Hila Mizrahi, kakak Eliran, memberitahu berita Channel 13, adiknya telah “melalui neraka” di Gaza namun enggan membincangkan banyak pengalaman perang di wilayah Palestin.
“Pejuang Gaza telah melepaskan tembakan roket ke arahnya, dia melihat rakan-rakannya mati, dan dia membawa balik mayat, dan dia masih melakukan segala-galanya untuk Israel,” katanya.
Akibat berada di Gaza, Hila berkata, Eliran mengalami kecederaan fizikal dan mental dan diberitahu oleh doktor bahawa dia tidak akan dapat kembali bertempur.
“Dia seorang yang gembira, gembira, lucu, positif dan optimis,” kata Jenny kepada Kan.
“Dia adalah cahaya utama di rumah kami dan di kalangan rakan-rakannya, dan dia pulang ke rumah dengan cara yang berbeza. Kami mendapat kembali seorang lelaki yang rosak yang tidak sabar dengan anak-anak. Dia pemarah, dan dia mengalami mimpi buruk.”
Jenny meluahkan kekecewaannya tentang cara Eliran dirawat berikutan diagnosis PTSD kerana pakar psikiatri yang merawatnya memaklumkan Eliran tidak boleh dibantu.
“Menghantar dia pergi berperang dengan rakan-rakannya tidak mengapa, tetapi kenapa tidak mengiktiraf dia sebagai tentera yang gugur? Kenapa?” katanya, sambil menambah dia enggan mengebumikan anaknya jika ia bukan di tanah perkuburan tentera.
Kakak Eliran, Shir, memberitahu Saluran 12 dia telah kehilangan jiwanya untuk perang.
“Lelaki itu memberikan nyawanya kepada negara ini dan tentera kita, dan dia tidak layak dikebumikan oleh tentera? Kami terpaksa berjuang untuk kehormatannya.
“Abang saya layak dikebumikan dengan bendera Israel dan mempunyai askar berdiri dan memberi hormat kepadanya. Dia tidak layak mendapat ini?,” kata Hila kepada Channel 13.
IDF memberitahu Saluran 12 bahawa Eliran telah banyak berjasa untuk tentera semasa perang dan dalam operasi ketenteraan sebelumnya.
Walau bagaimanapun, “selepas menelitinya, kami mendapati pada masa kematiannya, Eliran bukanlah seorang askar mahupun dalam tugas simpanan aktif, oleh itu, dia tidak layak untuk pengebumian tentera di bawah undang-undang tanah perkuburan tentera,” kata IDF.
Eliran meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.-Agensi
pertahan negara apa kalau ? memang rejim zionist Isreal mana ada negara kerana mereka penjajah .bagus juga Eliran Mizrahi mati dan harap ramai lagi askar penzalim zionist ikut seperti Eliran Mizrahi.
Biar ramai lagi tentera IDF zionist seperti Eliran Mizrahi mendapat kecederaan kerana kejam membunuh rakyat Pasletine.
Berita begini perlu ditularkan seluruh dunia supaya semua manusia tahu bahawa Zionist Rejim Yahudi Isreal membuat kerja sia-sia serta zalim dan kejam tiada kemanusiaan.
Boikot product-product yang menyokong zionist Rejim Yahudi serta product/company yang menghina Agama Islam