Foto: Orang Awam

ALOR SETAR – Empat individu termasuk seorang wanita cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling, dekat Kulim, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas itu pada 7.37 pagi tadi.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita diselamatkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast