Petugas ibadah korban UMS bergotong-royong untuk menumbangkan seekor lembu.

KOTA KINABALU – Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) meneruskan tradisi pelaksanaan ibadah korban di universiti seperti tahun-tahun sebelumnya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pada tahun ini, seramai 35 peserta terlibat dalam ibadah korban di UMS, dengan lima ekor lembu dikorbankan secara bergotong-royong di perkarangan Masjid UMS.

Manakala sejumlah 35 orang kakitangan UMS dan 30 orang pelajar turut terlibat membantu dan menjayakan kerja-kerja penyembelihan, melapah dan pengagihan daging korban.

“Daging korban kemudiannya diagihkan kepada kakitangan-kakitangan dan pelajar-pelajar UMS, selain jamuan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha turut diadakan untuk warga UMS selepas Zohor,” kata PIUMS.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor turut berkesempatan meninjau aktiviti korban yang dilaksanakan pada sebelah pagi. – MalaysiaGazette