Seorang Penguatkuasa DBKL mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di laluan basikal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto arkib MalaysiaGAzette

KUALA LUMPUR – Mulai 1 Julai ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] dan semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta 333.

Dalam kenyataan di sini hari ini, DBKL berkata, bagi kategori motosikal kadar kompaun yang dikenakan bagi 1 hingga 15 hari adalah RM30; RM50 (16-30 hari) dan RM80 (31-60 hari).

Kereta pula RM50 (1-15 hari), RM80 (16-30 hari) dan RM100 (31-60 hari).

Manakala kenderaan berat RM200 (1-15 hari), RM250 (16-30 hari) dan RM300 (31-60 hari). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here