Bas persiaran terbalik ketika turun daripada Genting Highlands pagi tadi. Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) APAD sedang bekerjasama dengan agensi terlibat mendapatkan laporan lengkap nahas kemalamgan jalan raya di Kilometer 16.6 JAlan Genting Highlands yang mengorbankan dua warga Chinasebelum sebarang tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Menurutnya, semakan awal mendapati bahawa bas persiaran tersebut telah dilesenkan di bawah syarikat M. Kumar Trans Tour Sdn. Bhd.

“Tindakan awal juga telah dibuat dengan memanjangkan surat tunjuk sebab kepada pihak syarikat bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian.

“Sekiranya hasil siasatan dan laporan yang diterima mendapati berlaku sebarang perlanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh pihak syarikat, APAD boleh mengambil tindakan tegas sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen 45 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].

“APAD tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan melibatkan kenderaan pengangkutan awam darat yang dipandu secara berbahaya sehingga
mengakibatkan kemalangan,” katanya yang memandang serius isu keselamatan orang ramai susulan nahas tersebut.

Bas tersebut sedang membawa pelancong warganegara China seramai 18 orang, seorang pemandu pelancong dan dua orang pemandu ketika kejadian.

Semasa nahas bas persiaran tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Genting Highlands turun ke bawah. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here