Gambar hiasan.

KAJANG – Polis hari mengesahkan pihaknya menerima aduan tentang seorang lelaki lelaki disyaki memukul seekor anjing di balkoni sebuah apartmen di Batu 9, Cheras baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan polis tentang insiden itu sekitar 12.47 tengah malam tadi.

Siasatan bagi mengesan satu video tular yang memaparkan lelaki berkenaan memukul haiwan peliharaannya dengan menggunakan tangan sedang dilakukan.

“Polis telah diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyaataan hari ini.

Nazroon pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada termasuk perbuatan penganiayaan terhadap haiwan atau mana-mana binatang peliharaan.

“Jika disabit dengan kesalahan boleh dihukum di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast