SPRM zakat
Bangunan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 08 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat serta beberapa dokumen yang berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN 2/2024) terhadap Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, dokumen-dokumen tersebut diserahkan kepada SPRM oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud, 11:30 pagi, hari ini.

“SPRM akan meneliti keseluruhan dokumen bagi menentukan samada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

“Selain daripada kesalahan jenayah, SPRM juga akan meneliti isu-isu kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam LKAN 2/2024,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Kesuma diberi jaminan siasatan adil, profesional – Khairul

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast