https://www.instagram.com/p/C9BwCJcoPUn/
KUALA LUMPUR – Pemandu lelaki e-hailing yang tular di Twitter kerana mengasari seorang perempuan dengan menggunakan botol air dan meninggalkan mangsa di tepi jalan Petaling dekat Lebuhraya MEX telah dituduh Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 19 Jun lalu.
Dia juga dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh pihak mahkamah.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesan video yang tular itu jam 2 pagi semalam.
Katanya, mangsa dalam kejadian itu telah membuat laporan polis dan suspek, seorang lelaki tempatan, 28 tahun telah ditahan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam dinasihatkan tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung dengan video tular ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast