Abang Johari Tun Openg

KUCHING – Penubuhan Sayap Belia 1828 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan dimuktamadkan pada konvensyen parti itu awal tahun depan.

Presiden PBB Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sayap baharu itu bakal dianggotai oleh individu yang berumur 18 hingga 28 tahun.

“PBB akan mengadakan konvensyen pada suku pertama tahun depan.

“Kita juga telah menubuhkan satu jawatankuasa dipengerusikan Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk menyelaraskan konvensyen tersebut,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini, hari ini.

Pada Jun 2022, PBB telah meluluskan beberapa pindaan terhadap Perlembagaan parti itu yang antara lain bagi membolehkan penubuhan sayap belia. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast