Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis menahan seorang wanita disyaki menyeludup dan memiliki 80 botol berisi heroin dan sejumlah pil yaba dianggarkan bernilai RM182,000 di Pasir Puteh, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditahan pada 2.10 petang di sebuah kandang lembu di Kampung Lembah, Cherang Ruku.

Beliau berkata, saringan air kencing mendapati wanita berkenaan negatif terhadap dadah.

“Wanita itu direman seminggu bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast