GUA MUSANG – Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, Selasa lepas, kini dilaporkan stabil.

Abang mangsa, Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata, adiknya Siti Norelyana, 21, yang berada dalam pemantauan rapi petugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu menunjukkan perkembangan semakin baik.

“Alhamdulillah adik saya stabil dan doktor memaklumkan ada peluang untuk dia sembuh. Organ dalaman dia juga baik-baik sahaja, syukur Allah jaga dia,” katanya menerusi platform TikTok miliknya semalam.

Terdahulu, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang dibawa sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata, kemalangan berpunca daripada ‘turn-table’ lori balak itu patah ketika mengambil selekoh. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast