PUTRAJAYA – Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (Nahrim) sedang giat menjalankan penyelidikan berkaitan impak kehadiran bahan cemar baharu seperti bahan penggangu endokrin (EDCs), kerintangan antimikrob (AMR) dan mikropplasti terhadap kualiti air di beberapa lembangan sungai.
Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penyelidikan itu dijalankan di beberapa lembangan sungai di Malaysia termasuk di Lembangan Sungai Langat, Sungai Kelantan, Sungai Kalng dan Sungai Sarawak.
Beliau juga Timbalan Perdana Menteri memaklukan, perkara itu akan diperincikan di peringkat Jawatankuasa Khas Mengangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai.
“Jadi pertubuhan di peringkat dunia mengatakan mikroplastik ini berada di dalam tubuh manusia, dan ini satu ancaman baharu yang perlu kita tangani serta hapuskan dan bagaimana nak memastikan keselamatan rakyat di Malaysia ini.
“Di dunia pun belum dapat menghapuskan penggunaan plastik sebab ia adalah keperluaan tapi pada masa yang sama kita perlu fokus bagaimana untuk melakukan mitigasi terhadap risiko mirkoplastik agar tidak terdedah pada ekosistem manusia,” katanya pada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Mikroplastik Kebangsaan Pertama 2024 dengan kerjasamma NAHRIM di sini hari ini.
Fadillah juga menjelaskan seminar tersebut turut melibatkan semua pemain industri, kementerian dan agensi berkaitan bagi berkongsi pengalaman dengan badan pakar antarabangsa megenai isu mikorplastik terhadap kesihatan serta ekosistem manusia.
Difahamkan menerusi hasil penyelidikan NAHRIM, purata limpahan mikroplastik di empat sungai tersebut adalah diantara 179.6 partikel per liter sehingga 4541.4 partikel per liter.
Mengulas lanjut Fadillah berharap penyelidikan itu turut menfokuskan kaedah untuk memberi kesedaran dan advokasi pada masyarakat berhubung kesan bahan cemar baharu.
“Program ini kita harap akan dapat mengethaui akhirnya kedudukan di Malaysia (dalam isu mikroplasti) dengan kajian yang sedang dibuat di empat lembangan sungai.
“Apakah dasar untuk masa depan yang boleh dikemukakan kepada kerajaan untuk kita tangani cabaran-cabaran baru dalam konteks pencemaran mikroplastik.
“Standard (kini) adalah di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), kita kena lihat juga adakah ia perlu ditabah baik. Jika perlu apakah skopnya dan kesannya jika ditambah baik temasuk kos ditanggung pengguna.
“Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua peserta persidangan bersama-sama menyampaikan mesej kepada rakyat tentang tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan sumber air kita.
“Penyelidikan yang dijalankan tidak hanya tamat dengan penerbitan ilmiah sahaja, namun perlu diterjemahkan kepada satu bentuk yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat,” jelasnya.
Pada tahun lalu, secara purata Malaysia merekodkan sebanyak sembilan bilion plastik digunakan rakyat Malaysia pada setia tahun dengan kadar kitar semula 35.38 peratus.
Angka ini melibatkan pengurusan sisa plastik yang tidak terurus sehingga meninmbulkan kebimbangan terhadap kesan pencemaran plastik kepada alam sekitar dan sungai khususnya. – MalaysiaGazette