Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 16 Julai 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-143 di Putrajaya.

“Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya terkait pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast