Arthur Joseph.

GEORGE TOWN – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi fokus kepada kemampuan industri perikanan negara bagi mencapai sasaran kadar sara diri (SSR) sebanyak 97 peratus menjelang 2030.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, perubahan harus dilaksanakan termasuk mengaplikasikan kaedah pengangkapan ikan lebih moden agar dapat mempertingkatkan kecekapan industri itu.

“SSR tahun lalu merekodkan 90.7 peratus jadi kita mahu apa yang digariskan dalam dasar agromakanan negara 2.0 dicapai menjelang 2030 iaitu SSR sebanyak 97 peratus.

“Untuk ke arah itu kita perlu melakukan dasar yang betul yang sesuai dan juga mengaplikasikan teknologi dan inivasi yang lebih cekap untuk memastikan kemampanan dan juga kecekapan industri perikanan kita.

“Malah, pemindahan kepada Akta 317 memastikan perikanan kita mampan dan dapat meningkatkan kepada sasaran yang ditetapkan kepada dalam dasar agromakan negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Institut Antarabangsa Ekonomi dan Perdagangan Perikanan (IIFET) ke-21 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejak 1 Mei lalu, pindaan di bawah Seksyen 26 Akta Perikanan 1985 (Akta 317) telah mengharamkan penggunaan bubu naga yang menyebabkan kerosakan ekosistem marin dalam usaha memastikan kaedah penangkapan lebih mampan.

Untuk rekod, jumlah pengeluaran perikanan negara mencecah hampir 1.79 tan metrik pada tahun lalu yang menyumbang 0.7 peratus pengeluaran dalam negara kasar (KDNK) dengan nilai pasaran 3.51 bilion Dolar Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast