JAKARTA- Presiden Joko Widodo melantik Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pertanian daripada kalangan individu yang rapat dengan bakal Presiden Prabowo Subianto.
Menurut pakar-pakar politik, langkah yang diambil Jokowi itu adalah bagi memastikan peralihan kuasa berjalan lancar.
Bagaimanapun menurut mereka, tindakan sedemikian mungkin membawa risiko kepada ekonomi.
Di Istana Presiden semalam, anak saudara Probowo mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan bekas pembantu beliau, Sudaryono sebagai Timbalan Menteri Pertanian.
Majlis turut menyaksikan Yuliot Tanjung dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelaburan selepas berkhidmat di Lembaga Koordinasi Pelaburan sejak 1988.
Dalam ucapannya, Thomas berkata, pelantikan beliau menunjukkan kesinambungan di antara pentadbiran Jokowi dan kerajaan akan datang.- Jakarta Post